PENGENALAN

Asslamualaikum kami pelajar Universiti Malaysia Sabah ingin berkongsi serba sedikit mengenai "Makanan Tradisi" mengikut beberapa kaum yang terdapat di Malaysia. Ini merupakan satu tugasan yang diberi amanah oleh Pensyarah ( YUZAINY BIN JANIN ) kepada kami dalam subjek Bisnes Informasi Maklumat. 

dATEBAYO
maKANAN TRADISIONAL KAUM DI MALAYSIA

Pengenalan mengenai kaum Melayu, Iban dan Kadazan Dusun di Malaysia.

Malaysia menjadi salah satu negara terkenal di Asia Tenggara disebabkan keunikan rakyatnya yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Kami memilih 3 kaum majoriti di Semenanjung, Sarawak dan Sabah iaitu kaum Melayu dan kaum Iban serta kaum Kadazandusun.

Pengenalan mengenai kaum Melayu.

- Merupakan masyarakat terbesar di Malaysia
- Mereka bertutur menggunakan bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan tradisi dan adat istiadat Melayu. Dari sudut sejarah, rumpun Melayu meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu.

Pengenalan mengenai kaum Iban.

- Merupakan salah satu cabang bangsa Dayak di Borneo.
- Juga dikenali sebagai Dayak laut.
- Dianggarkan 30% atau 576,000 daripada jumlah penduduk Sarawak adalah berbangsa Iban.

Pengenalan mengenai kaum Kadazan Dusun.

- Dikenali juga sebagai bangsa Dusun dan bangsa yang terbesar di Sabah iaitu satu per tiga dari penduduk di Sabah.

- Etnik Kadazan-Dusun telah diiktiraf sebagai etnik masyarakat orang asal Borneo Utara dengan warisan dan budaya yang didokumenkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) sejak tahun 2004.

Malaysia bukan sahaja unik dari segi kepelbagaian budaya dan adat resam malah ia juga merangkumi makanan tradisi yang ada di setiap kaum tersebut. Kepelbagaian makanan mendorong pelancong luar dan domestik untuk merasai makanan tradisi daripada setiap kaum.

Disini disenaraikan makanan pelbagai menurut kaum. Justeru disertakan juga resepi atau bahan yang digunakan dalam pembuatan makan dan cara penyediaan makanan tersebut.

 kaum melayu (NAsi Lemak) & resepi

Resepi/ Bahan:

Santan kelapa

Daun pandan

3 cawan beras

2 biji bawang besar

½ susu kecil garam

1 ibu jari halia


Untuk sambal:

3 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

1 ibu jari halia

Segenggam lada kering

Segenggam ikan bilis

1 sudu asam jawa

1 sudu kecil garam

3 sudu gula melaka

1 genggam ikan bilis

1 genggam kacang tanah


Cara Penyediaan:

1. Sanatan, halia, bawang dan daun pandan diblender. Kemudian ditapis kedalam beras yang sudah dibasuh.

2. Untuk sambal, bawang, lada, ikan bilis dan halia dikisar halus dan ditumis serta masukkan bersama air asam jawa, garam dan gula melaka.  3. Akhir sekali, gorengkan kacang dan ikan bilis.

 kaum melayu (Lempeng kelapa/biasa) & resepi

Resepi/ Bahan:

2 ½ cawan air

2 cawan tepung gandum

2 cawan kelapa muda parut

Secubit garam

Sedikit minyak masak


Cara Penyediaan: 

1. Masukkan tepung gandum, kelapa muda parut, secubit garam dan sedikit minyak masak. 

2. Kemudian, adun hingga sebati. Panaskan kuali, oles sedikit minyak dan tuangkan adunan tadi sedikit demi sedikit dan mengikut saiz dan bentuk yang dikehendaki.

 kaum melayu (Rendang) & resepi

Resepi/Bahan:

1 ekor ayam / daging

1 kilo santan - guna 1 santan kotak

2 sudu besar kerisik

2 helai daun kunyit - dihiris halus

Minyak untuk menumis

Garam 

Gula/gula merah 

Asam keping


 kaum melayu (dodol) & resepi

Resepi/Bahan :

2 cawan santan pekat

2 cawan gula merah

1 cawan gula pasir

2 cawan tepung pulut

1 cawan air

sedikit garam

daun pandan

  

Cara Penyediaan :

1. Pertama sekali, masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cawan air. Kalau nak wangi, masukkan daun pandansekali. Kacau hingga larut dan tapiskan.

2. Dalam satu bekas lain, bancuhkan santan bersama tepung pulut. Kemudian, tapiskan.

3. Campurkan kedua-dua bahan campuran (gula dan tepung) ke dalam kuali. Tambahkan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak.

4. Seterusnya, masak di atas api dan pastikan ia sentiasa dikacau sampai pekat. Lebih kurang dalam 45 minit.

5. Kalau dah kenyal, maksudnya ia dah masak. Warnanya juga akan bertukar gelap. Bila siap, bolehlah terus masukkan ke dalam bekas tupperware atau loyang. Kalau nak mudah dipotong, sejukkan terlebih dulu.

 kaum melayu (Otak-otak) & resepi

Resepi/Bahan :

3 keping ikan tenggiri atau ikan merah - diambil isinya sahaja dan dicincang halus

1 sudu teh serbuk ketumbar

3 batang cili merah - dibuang biji dan dikisar halus

5 tangkai cili kering - direndam hingga lembut dan dikisar halus

4 ulas bawang merah - dikisar

2 ulas bawang putih - dikisar

3 biji buah keras - dikisar

1 cm halia - dikisar

1 batang serai - dikisar

1 cm kunyit hidup - dikisar

175 ml pati santan

garam secukup rasa

20 helai daun kelapa

Lidi secukupnya

 

Cara Penyediaan : 

1. Satukan semua bahan kecuali isi ikan dan daun kelapa. 

2. Panaskan atas dapur sekejap hingga didih dan pekat kuahnya 

3. Tunggu sehingga kuah sejuk 

4. Bila dah sejuk gaulkan dengan isi ikan tadi 

5. Sudukan ramuan ke atas daun kelapa. 

6. Sematkan dengan lidi kemas di kedua-dua hujungnya dan siap boleh disimpan dalam peti sejuk atau bakar kedua-dua belah sehingga masak.

kaum Melayu ( Cencalok ) & resepi

Resepi/Bahan:

Cencaluk

Cili Padi

Bawang Merah - dimayang

Asam limau kasturi @ limau nipis

 

Cara Penyediaan :

kaum Melayu ( kerabu kaduk) & resepi

Resepi/Bahan:

15 helai daun kaduk, dibasuh dan ditoskan

2 helai daun cekur (kalau tak letak pun tak apa)

3 biji limau kasturi

 

Bahan - bahan untuk ditumbuk :

10 tangkai cili kering

3 tangkai cili api (kalau tak letak pun tak apa)

5 ulas bawang merah

½ biji kelapa parut, ambil bahagian yang putih

 

Cara Penyediaan :

1. Daun kaduk yang telah ditos kering dihiris halus-halus

2. Tumbuk cili kering hingga halus dan kemudian bawang merah. Bila sudah lumat, masukkan kelapa parut ditumbuk

3. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam bekas serta daun kaduk, perahan limau kasturi dan digaul hingga rata dengan garam secukup rasa. 

kaum Melayu ( Ikan bakar tanah liat) & resepi

Resepi/Bahan :

Ikan

5 helai daun pandan


kaum Melayu ( UBi rebus ) & resepi

Resepi/ Bahan:

Ubi kayu/ubi manis

Air


Cara Penyediaan:

1. Masukkan ubi kedalam air dan didihkan. 

2. Setelah masak, ubi boleh dimakan bersama kelapa parut.

kaum Melayu (pisang rebus ) & resepi

Resepi/Bahan:

Pisang

Air

Kelapa parut


Cara Penyediaan:

1. Rebuskan pisang tanpa membuka kulitnya kedalam air. 

2. Setelah siap, hidangkan pisang rebus tadi dengan kelapa parut.

 kaum melayu (lemang) & resepi

Resepi/Bahan:

Beras pulut

Daun pisang

Ruas buluh

Santan kelapa

Garam


Cara Penyediaan:

1. Lapikkan bahagian dalam ruas buluh menggunakan daun pisang.

2. Masukkan beras pulut yang sudah dibasuh kedalam ruas buluh, tinggalkan ruang dua inci. 

3. Kemudian, masukkan santan dan garam yang sudah digaul sebati lalu dimasukkan kedalam ruas buluh yang berisi beras pulut.

4. Letakkan ruas buluh separa condong ke arah api yang sederhana kuat. 5. Pusing-pusingkan buluh setiap 15 minit agar tidak berkarak atau masak sepenuhnya.

 kaum melayu (botok-botok) & resepi

Resepi/bahan :

 

3 biji bawang besar

5 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

6 batang serai, hiris halus (kisar halus)

2 camca besar kerisik

1/3 cawan santan

3 1/2 camca besar rempah kari ikan 

2 1/2 camca besar cili kisar

1/2 cawan jus asam jawa

Garam dan gula secukup rasa


Bahan - bahan Ulam :


Pucuk ubi secukupnya (kurang lebih 1 cekak)

Pucuk bebuas secukupnya (kurang lebih i cekak)

2 tangkai pucuk betik

3 tangkai pucuk mengkudu, hiris

30 helai pucuk kaduk

5 helai daun kunyit, hiris halus

5 helai daun cekur, hiris halus

2 genggam daun selasih

2 genggam pucuk kesom


Bahan - bahan lain :


5 ekor ikan kembong besar, siang, cuci bersih dan toskan

10 batang lidi pengcungkil gigi

10 helai daun pisang berukuran 8 inci x 10 inci


Cara Penyediaan Rempah Botok - botok ( Boleh siapkan awal ) :

 

 kaum melayu (rendang pucuk ubi) & resepi

Resepi/Bahan :

250 gram pucuk ubi 

1/2 kg santan segar

4 ulas bawang merah - dihiris

1-2 batang serai - ketuk

1/2 mangkuk ikan bilis 

Garam

Sedikit gula

  

Bahan kisar :

15 tangkai cili api

1 inci kunyit hidup

 

Cara Penyediaan :

1. Asingkan daun pucuk ubi yang lembut dari tangkainya. Basuh, rendam dengan sedikit garam dan toskan. 

2. Masukkan santan, serai, garam, ikan bilis, bawang hiris dan bahan kisar ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana dan sentiasa dikacau.

3. Setelah kuah agak kering dan pecah minyak, baru masukkan pucuk ubi.

4. Perlahankan api dan sentiasa dikacau sehingga pucuk ubi kering dan garing. 

5. Masukkan sedikit gula, sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api dan sedia untuk dinikmati. 

kaum Melayu ( sambal Belacan) & resepi

Resepi/Bahan:

2 tangkai cili merah

15 tangkai cili padi

Sebesar ibu jari belacan

1 sudu kecil garam halus

2 biji limau kasturi untuk perahan

Sedikit gula

 

Cara Penyediaan :

kaum Melayu ( ketupat) & resepi

Resepi/ Bahan:

1kg beras pulut

1/2kg santan pekat

1 cawan air

1 sudu makan garam kasar

2 sudu makan gua

Daun palas secukupnya

 

Cara Penyediaan:

kaum Melayu ( putu piring ) & resepi

Resepi/Bahan :

2 cawan tepung beras

3/4 sudu garam

150ml air panas

1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih sahaja dan gaul dengan 1/2 sudu teh garam)

1/2 cawan gula melaka,diparut

5-6 helai daun pandan

kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)

Daun pisang digunting 2inci persegi

 

Cara Penyediaan :

1. Tepung beras digoreng tanpa minyak selama 5 minit. Kemudian ayak dan biarkan sejuk.

2. Campurkan garam dengan air panas dan daun pandan.Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan. 

3. Renjis-renjiskan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. seeloknya gunakan air panas.

4. Panaskan pengukus.Griskan acuan putu dgn sedikit minyak.Tabur sedikit tepung , kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi diatasnya. 

5. Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) 

6. Biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.Biarkan putu dalam kain muslin selama kira-kira seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat.

7. Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.

8. Sedia untuk dihidang dan disantap.

kaum Melayu ( Tapai ) & resepi

Resepi/Bahan: 

1 kg beras pulut

Ragi

Daun pisang/duan getah

Bekas plastic shusi/pudding

Lidi


Cara penyediaan:

1. Beras pulut dibasuh dan direndam sebentar.

2. Masukkan pulut dalam tempat pengukus.

3. Setelah dikukus, masukkan kedalam bekas atau besen untuk diuli.

4. Kemudian, angkat dan letakkan ke atas talam dan biarkan sejuk.

5.Selepas setengah atau sejam (pastikan pulut betul-betul sejuk), masukkan ragi. Ragi haruslah tapis dan tabur di semua permukaan pulut.

6. Daun pisang mestilah dibersihkan terlebih dahulu.

7. Ambil pulut menggunakan sudu dan letak ke dalam daun pisang.

8. Bungkus tapai tersebut dan ketipkan dengan lidi.

9. Masukkan tapai yang sudah siap kedalam besen yang besar dan tutupkan dengan lebihan daun pisang lalu diikat dengan kain sarung/selimut/pelikat/selendang. Biarkan sehari.

KAum iban ( umai) & resepi

Resepi /Bahan :

Ikan, sotong / udang mentah

Bawang merah

Cili

Garam

Air perahan limau


Cara Penyediaan:

1.Masukkan bahan mentah seperti ikan, sotong atau udang kemudian masukkan bawang merah, cili, dan kemudian garam.

2. Setelah itu, masukkan air perahan limau yang bertujaun untuk menghasilkan rasa yang lebih enak.

KAum iban ( manuk pansuh) & resepi

Resepi / Bahan:

Ayam tua

Buluh

Pucuk ubi muda

Garam

Serai

Bawang putih dan merah

Halia


Cara Penyediaan: 

1. Pucuk ubi muda digosok Bersama garam sehingga layu dan akan dijadikan penutup untuk buluh.

2. kemudian masukkan bahan tersebut kedalam buluh. Potong ayam berbentuk kiub.

3. Tumbuk serai, bawang putih dan merah, serta halia. Masukkan ayam dan bahan yang telah ditumbuk kedalam buluh.

4. Lebihan daun ubi tadi digunakan sebagai penutup buluh.

KAum iban ( kasam ikan) & resepi

Resipi/ bahan:

Ikan air tawar atau ikan kolam

Garam

Air asam jawa

Beras


Cara Penyediaan:

1. Ikan dibersihkan dan tulang dibuang kemudian lumur ikan dengan air asam jawa bersama garam. Simpan dalam bekas selama 3 hari.

2. Tanak segenggam beras, selepas mendidih, sejukkan airnya kemudian tuangkakn keseluruh ikan yang sudah diperap dan tambah 5 sudu garam. 3. Kemudian perap lagi selama seminggu. Setelah seminggu ikan boleh digoreng dan dimakan.

KAum iban ( penganan) & resepi

Resepi/Bahan:

500g Tepung Gandum

100g tepung beras

500g gula apong/gula melaka

650ml air

¾ sudu the garam

Minyak masak secukupnya


Cara Penyediaan:

1. Tepung gandum dan tepung beras diayakkan Bersama.

2. Didihkan gula apong dengan air. 

3. Tuang air gula apong kedalam tepung yang sudah diayak tadi sehingga sebati dan masukkan garam.

4. Tapis adunan dan perap semalaman atau biarkan selama 6-8 jam.

5. Panaskan minyak masak (api perlahan), ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah kuali.

kaum iban ( kemiding) & resepi

Resepi / Bahan:

Sayur midin atau kemiding

Belacan

Ikan bilis

Bawang merah

Bawang putih


Cara Penyediaan:

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih.

2. Masukkan ikan bilis dan belacan. 

3. Kemudian masukkan sayur midin atau kemiding.

kaum iban ( hinava ginapan) & resepi

Resipi/ Bahan:

Isi ikan atau sotong

Cili

Bawang merah dan putih

Perahan limau

Garam


Cara Penyediaan:

1. Masak terlebih dahulu isi ikan atau sotong. 

2. Hiriskan cili, bawang merah dan putih.

3. kemudian gaulkan Bersama isi ikan atau sotong bersama garam dan air perahan limau.

kaum iban ( pekasam ensabi) & resepi

Resipi/Bahan:

Sayur sawi

Garam

Nasi


Cara Penyediaan: 

1. Sayur sawi dipotong dan dibersihkan. 

2. Gaulkan garam dan nasi bersama sayur sawi. 

3. Kemudian perap selama 5 hari. Setelah selesai proses perapan, pekasam ensabi boleh dimakan dengan sedikit campuran perahan jus limau dan sedikit cili.

kaum iban ( cakar ayam) & resepi

Resepi/Bahan:

500g ubi keledek

3 sudu besar gula merah

Sedikit air


Cara Penyediaan:

1. Parut kasar ubi keledek. Goreng dan toskan. 

2. Didikan gula merah dengan air hingga pekat. 

3. Masukkan keledek tadi dan kacau hinggan kering dan rata. 

4. Tekan dalam acuan bulat dan sejukkan.

KAum iban ( air tuak Kelapa/Beras/nipah ) & resepi

Resepi/Bahan: Beras

Beras pulut

Air

Gula pasir


Resepi/Bahan: Kelapa/ Nipah

Air yang terhasil daripada kelapa atau nipah


Cara Penyediaan: Beras

1. Beras pulut direndam bersama air didalam tajau atau tempayan.

2. Tambah sedikit gula pasir supaya ada rasa manis.

3. Kemudian rendam selama dua minggu. 


Cara Penyediaan: Kelapa/Nipah

1. Mayang kelapa atau nipah dipotong sedikit untuk mendapatkan air manis yang terdapat pada tandan untuk mendapatkan air nira. 

2. Kumpulkan air nira kedalam bekas atau buluh.


kaum kadazan dusun (hinava) & resepi

Resepi/Bahan :

Ikan Tenggiri - Ambil Isinya sahaja [Buangkan Tulang] dan dicincang halus

6 Ulas Bawang Merah (dihiris)

2 Ulas Bawang Putih (dihiris)

3-4 Biji Limau Kapas (Ambil jusnya)

Sedikit Garam, Serbuk Perasa, Halia

Peria - Dihiris Halus

Cili Merah - Dihiris Halus

Cili Padi

 

Cara Penyediaan : 

kaum kadazan dusun (bosou) & resepi

Resepi/Bahan :

Ikan Sungai

Rebung muda - di potong-potong

Tuhau - potong-potong

Halia - potong mancis

Lada Putih

Sedikit Pangi

Nasi

Sedikit garam

Balang

 

Cara Penyediaan :

kaum kadazan dusun ( sup manuk lihing ) & resepi

Resepi/Bahan:

Ayam Kampung

Sejenis minuman keras yang dikenali ‘ LIHING’ oleh kaun kadazandusun

Hirisan halia

 

Cara Penyediaan :

kaum kadazan dusun ( pinaasakan) & resepi

Resepi/Bahan :

Ikan kembung atau Sardin, dibersih

Daun Pisang

4 helai Daun Kunyit

2 biji  Mangga  Buah Bambangan, dicincang

1 sudu besarMinyak masak

4 ulasBawang Putih, dicincang

1 biji   Bawang Besar, dicincang

4 sm   Halia, cincang

1 sudu kecil serbuk Kunyit

5 biji  Cili Kering, dihiris kecil

50 g   Asam Jawa, dibuang biji

100 ml Air

3 keping Asam Keping

  

Cara Penyediaan : 

1. Mula-mula ikan harus dibuang isi perut dan dibersihkan terlebih dahulu. Asingkannya ke tepi. 

2. Setelah itu, masukkan minyak masak ke dalam kuali dan tunggu sehingga ia panas. Kemudian tumis bawang putih, halia, serbuk kunyit dan cili kering sehingga naik bau. 

3. Masukkan asam jawa, asam keping, MAGGI® CukupRasa™ dan air bersama ikan ke dalam tumisan tadi. 

4. Kemudian di dalam periuk, susun sekeping daun pisang bersama daun kunyit dan buah bambangan. Letakkan ikan dan bahan-bahan yang dimasak tadi diatas daun berkenaan. 

5. Tutup tudung periuk dan biarkan ia masak dengan api kecil lebih kurang selama 25 minit. 

6. Pinasakan amat sesuai dimakan bersama nasi putih dan sambal

kaum kadazan dusun (tuhau) & resepi

Resepi/Bahan :   

Cili padi

Cuka makan

Batang kantan

Bawang putih

  

Cara Penyediaan :

kaum kadazan dusun (nasi linopot) & resepi

Resepi/Bahan : 

kaum kadazan dusun ( ambuyat) & resepi

Resepi/Bahan :

1 kg (6 cawan) sagu rumbia

Air panas yang baru dimasak

1 liter (4 cawan) air

       

Cara Penyediaan :

kaum kadazan dusun ( Bambangan ) & resepi

Resepi/Bahan :

2 biji buah bambangan

Biji bambangan

Cili merah sebagai hiasan

1-2 sudu makan garam

 

Cara Penyediaan :

WhatsApp Image 2020-12-13 at 08.57.40

harapan kumpulan

Kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia mewujudkan variasi makanan tradisional. Keadaan ini bukan shaja menarik minat pelancong luar malah juga pelancong dalam. Diharapkan informasi daripada website ini dapat membantu serba sedikit pertanyaan orang ramai mengenai makanan tradisional

8Dattebayo