PENGENALAN

Asslamualaikum kami pelajar Universiti Malaysia Sabah ingin berkongsi serba sedikit mengenai "Makanan Tradisi" mengikut beberapa kaum yang terdapat di Malaysia. Ini merupakan satu tugasan yang diberi amanah oleh Pensyarah ( YUZAINY BIN JANIN ) kepada kami dalam subjek Bisnes Informasi Maklumat. 

Tentang MAkanan tradisi mengikut kaum
KAum melayu

UBI REBUS

Ubi kayu rebus sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh. Ketika musim tengkujuh, ubi kayu rebus ini enak dimakan bersama-sama keluarga. Pada masa biasa, ubi kayu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih. Kulit ubi kayu mempunyai asid hydrocyanic (asid hidroklorik dan potasium sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu, ubi kayu tidak boleh dimakan mentah, tetapi perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu. Ubi kayu direbus dimakan bersama kelapa parut muda, sambal ikan bilis, ikan masin, atau ikan bakar.

Ubi kayu rebus juga dapat mengimbau kembali kenangan masyarakat terdahulu yang menjadikan ubi rebus sebagai pengganti nasi disebabkan sukar untuk mendapatkan makanan lain terutamanya ketika zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Hal ini kerana, masyarakat sebelum merdeka menjalani kehidupan serba kekurangan dan ubi rebus adalah makanan rutin mereka yang disediakan bersama air panas untuk sarapan pagi atau minum petang untuk menambah tenaga dan meneruskan kehidupan.

 

LEMPENG/LEMPENG KELAPA

Lempeng menjadi makanan masyarakat Melayu suatu tika dahulu. Ia merupakan makanan ringan yang boleh dimakan semasa sarapan pagi atau minum petang. Lempeng biasa boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan sambal ikan bilis. Makanan lempeng kelapa pula sesuai di makan dengan susu pekat pun dah cukup sedap.

PISANG REBUS

Pisang rebus sangat popular pada zaman dahulu terutama ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Semasa penjajahan Jepun, pisang dan ubi rebus menjadi salah satu makanan utama kerana ketiadaan stok beras. Masyarakat Melayu dahulu juga biasanya akan merebus atau mengukus pisang tersebut dan membawanya ke ladang atau sebagai bekalan di laut. Ia tidak mudah basi atau pun rosak. Hal ini menyebabkan pisang rebus merupakan makanan treadisional kaum Melayu.

Pisang yang direbus biasanya daripada jenis masam dan berkulit tebal seperti pisang nangka, pisang abu, pisang nipah, pisang awak dan pisang jari buaya. Pisang rebus dimasak dengan cara yang agak mudah dan enak dimakan ketika masih panas. Ia juga sedap dimakan ketika sejuk. Jika pisang rebus darpada buah pisang mengkal, ia boleh dicicah bersama kelapa parut yang dicampur sedikit garam dan gula.


NASI LEMAK

Nasi Lemak merupakan makanan tradisional Melayu yang berasal dari Semenanjung Malaysia sejak zaman dahulu. Sehingga zaman terkini, Nasi Lemak telah menjadi makanan yang sangat popular dan dijadikan makanan ruji hajian tanpa mengira pagi, petang ataupun malam. Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada cara penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu tradisional. Oleh itu, Sejarah Nasi Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam nasi yang membuatkan rasa nasi itu berlemak.

Nasi Lemak adalah sesuatu makanan yang dilipatkan dengan daun pisang dalam bentuk segitiga dan merupakan makanan Melayu kegemaran bagi orang Malaysia, Indonesia dan Singapura, terutama sebagai sarapan pada waktu pagi dan minum petang. Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura. Nasi Lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa untuk menambah rasa lemaknya yang lazat. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa Nasi Lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.


LEMANG

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Jika tiada lemang di pagi Aidilfitri ia diibaratkan sebagai memakan nasi tanpa lauk-pauk. Lemang juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan. Orang Negrito ialah penduduk yang terawal di Kepulauan Melayu dan mereka ialah salah satu kaum orang asli di Malaysia. Sejarah menyatakan Orang Semang sudah wujud sejak 1000 SM dengan bukti penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia.

Lemang lebih dianggap sebagai makanan yang melambangkan kemeriahan dan hubungan silaturahim antara sesama manusia. Ini kerana lemang bukanlah makanan biasa yang mudah untuk di masak ia memerlukan teknik dan cara yang tepat. Oleh itu, sifat tolong-menolong sesama kita haruslah ada untuk mendapatkan rasa dan tekstur yang memuaskan.

TAPAI

Sejarah asal-usul tapai tidaklah diketahui secara tepat. Ada pendapat mengatakan bahawa tapai berasal dari makanan kaum Jawa. Di Jawa, tapai dikenali sebagai tapai singkong atau tape telo. Tapai bukan sahaja popular di Indonesia dan di Malaysia, malah di beberapa negeri Asia yang lain. Tapai diiktiraf sebagai salah satu makanan unik kaum Melayu. Tapai amat sesuai dijadikan makanan pencuci mulut.

Tapai juga merupakan makanan tradisional yang diperbuat secara fermentasi dan popular di negara serantau kita. Terdapat dua jenis tapai pada umumnya, iaitu Tapai Ubi dan Tapai Pulut. Tapai Pulut lebih popular jika dibandingkan dengan Tapai Ubi. Tapai sangat istimewa kerana rasanya.


SAMBAL BELACAN

Belacan ini dikatakan datang dari zaman Empayar Khmer pada kurun ke-9 Masehi, yang berpusat di Angkor, atau nama Sanskritnya "Yashodharapura", merupakan kota terbesar di dunia pada ketika itu. Penguasaan Empayar Khmer juga menyebabkan pengaruh makanan mereka tersebar luas ke rantau Asia Tenggara. Salah satunya ialah prahok, iaitu bumbu dari ikan gurami (Trichopodus microlepis) yang diperam sebelum dijadikan bahan tumisan dalam masakan. Selepas runtuhnya tamadun Khmer, pembuatan bumbu ini digantikan dengan udang geragau, kerana ikan gurami pada ketika itu hanya berada di Kemboja. Tempat di Thailand seperti Nakhon Si Thammarat (Ligor) dan Pattani, yang ditakluk oleh Srivijaya, membawa masuk pengaruh belacan dalam masakan Melayu.

Belacan Melaka menggunakan udang geragau, sementara Pulau Pinang menggunakan udang kecil. Belacan Pulau Pinang berwarna gelap dan bentuk petak, sementara Melaka lebih merah jambu dan bentuk bulat. Sudah semestinya masakan yang popular dengan belacan ialah sambal belacan, dimana belacan bakar, bersama cili, bawang, dan bawang putih membuka selera setiap kali makanan dihidangkan terutama sekali apabila makan bersama nasi panas.

RENDANG

Rendang adalah masakan yang berasal dari Padang, Salah satu makanan khas dari budaya Minangkabau, dan sering di sajikan pada acara-acara dan upacara untuk menghormati tamu. Makanan yg satu ini juga popular di Malaysia dan Singapura, rendang disiapkan secara tradisional oleh masyarakat Melayu pada acara-acara pesta. Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Walaupun kadang-kadang rendang digambarkan sebagai seperti kari, dan nama yang kadang-kadang diterapkan untuk kari daging hidangan di Malaysia, asli rendang tidak seperti kari.

Hidangan ini enak dimakan bersama ketupat, lemang, ketupat palas semasa hari perayaan dan nasi minyak semasa majlis perkahwinan.


PUTU PIRING

Putu piring banyak dijual di pasar malam. Tetapi kini ia turut menjadi hidangan pilihan di hotel terkemuka di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras, yang berintikan nisan atau gula Melaka. Putu berasal dari Kerala & Tamilnadu, India. Putu adalah daripada bahasa Tamil yang bermaksud makanan daripada beras. Ia dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut.

Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning. Selain daripada putu piring, terdapat juga putu mayam dan putu buluh atau putu bambu.

 

BOTOK-BOTOK

Botok-botok sejenis makanan tradisi orang Johor. Ianya berbungkus didalam daun pisang dan apabila dibuka terdapat beberapa potong ikan yang diselaputi dengan banyak dan pelbagai rempah ratus. Ikan yang selalu digunakan untuk dijadikan botok-botok ialah ikan tenggiri atau ikan merah. Rempahnya yang istimewa dikatakan terdiri dari berbagai herba termasuk beberapa jenis daun pokok bunga puding, daun teh, pucuk buas, pucuk kaduk, daun semanggkuk, pucuk betik dan juga pucuk ubi.

KAum Iban

UMAI

Umai merupakan hidangan yang berasaskan ikan mentah dengan campuran beberapa bahan seperti bawang merah, cili, garam dan perahan limau untuk menghasilkan rasa yang enak. kalau di semenanjung ia lebih dikenali dengan nama Kerabu. Tetapi rasanya lebih berbeza daripada kerabu kerana ia lebih pedas dan lebih terkenal dikalangan orang melanau dan kini menjadi hidangan ikonik untuk orang negeri sarawak.


KEMIDING

Sayur midin ini merupakan sayur yang mudah didapati dan amat terkenal yang sering dihidangkan oleh masyarakat kaum Iban. Ada yang lebih suka makan midin tanpa belacan, tetapi bagi saya, midin ini lebih sedap dimasak dengan belacan. Hidangan ini sangat mouth-watering.

Selalunya hidangan midin ini dihidangkan sebagai lauk biasa untuk satu keluarga sahaja. Namun, midin boleh juga dihidangkan semasa berkumpul bersama keluarga, sambutan hari perayaan dan beberapa perayaan yang bersesuaian.

 

MANUK PANSUH

Manuk pansuh iaitu ayam yang di masak di dalam buluh. Biasanya masyarakat Iban akan menggunakan ayam tua untuk dibuat “pansuh”. Makanan ini sedap dijadikan lauk dan “tabas” semasa perayaan. Daun ubi akan diletakan pada hujung buluh untuk menghasilkan bau wangi. Manuk Pansuh merupakan makanan popular ketika perayaan Hari Gawai.


HINAVA GINAPAN

Hinava Ginapan merupakan salah satu makanan kaum Iban di Sarawak. Makanan ini selalunya disajikan semasa Hari Gawai. Pada zaman pemerintahan kesultanan Brunei, seorang pelayar dari China telah singgah di Sarawak. Di sana, pelayar tersebut telah memperkenalkan sejenis makanan yang dipanggil Hinava. Dahulunya, ia berbentuk bulat dan diperbuat daripada isi ikan sahaja. Pelayar tersebut juga memperkenalkan makanan itu kepada masyarakat Iban. Setelah masyarakat Iban tahu cara untuk membuatnya,mereka menambahkan isi ikan yu, udang, sotong dan sebagainya. Isi ikan juga dipotong menjadi kecil.


KASAM IKAN

KASAM IKAN atau "Pekasam" sangat dikenali bagi suku kaum masyarakat iban. Tidak sah kalau suku iban menghidang makanan tanpa pekasam di sisi. Selalunya, ikan akan  diperam selama sebulan sebelum di makan, makin lama peraman makin sedap rasa isinya. Selain itu, pelbagai jenis ikan boleh digunakan untuk di jadikan pekasam seperti ikan semah, baong, lampam jawa, tengadak, sepat dan apa apa saja jenis ikan sungai. selain daripada itu juga, ramai masyarakat tidak dapat menerima makanan ini kerana baunya, tetapi sesetengah lagi dapat meneriamanya dengan baik.

 

PEKASAN ENSABI

Jeruk atau pekasam ensabi makanan tradisional kegemaran orang Iban merupakan sejenis sayur sawi jeruk yang begitu popular di rumah panjang. Rasanya yang masam dan sedikit masin amat sedap dinikmati dengan hidangan nasi panas, dan sehingga kini hidangan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang terus digemari.


PENGANAN

Penganan merupakan kuih tradisional kaum Iban yang begitu popular di Sarawak. Ia sering menjadi hidangan wajib semasa perayaan hari Gawai.

 

CAKAR AYAM

Cakar ayam merupakan antara kuih muih yang wajb ada semasa perayaan hari Gawai. Ia merupakan kuih tradisional yang tidak mungkin dilupakan oleh kaum Iban. Kuih ini diperbuat daripada ubi keledek yang disira dengan gula Melaka. Rasanya yang rangup dan lemak manis ini membuatkan ramai yang menggemarinya.

 

AIR TUAK

Air Tuak lazim minuman masyarakat kaum Iban dan Dayak di Sarawak dan Kalimantan sejak masa dahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras khas iaitu beras pulut. Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis.

Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan Gawai Dayak, Gawai Hantu, Gawai Burung dan sebagainya. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal, muntah sekiranya diminum berlebihan.

KAum KAdazan dusun

HINAVA

Hinava merupakan makanan tradisional masyarakat Sabah terutamanya masyarakat dari suku kaum Kadazan-Dusun dan ia merupakan antara makanan yang paling popular dan diminati oleh kaum Kadazan-Dusun Hinava merupakan makanan tradisi etnik dusun yang unik dan terkenal serta dapat dijumpai di Kampung Kopungit. Hinava yang bermaksud ikan tenggiri dimasak tanpamenggunakan api. Pada zaman dahulu dengan ketiadaan alat elektronik iaitu peti sejuk, maka lahirlah kreativiti etnik dusun untuk mencipta hinava yang dimasak dengan “kohipis” iaitu limau nipis. Asid yang ada pada limau nipis itu membantu isiikan masak dengan sendiri nya.

Isi ikan yang biasa digunakan untuk membuat Hinava adalah dari isi ikan yu atau tenggiri. Walaubagaimanapun ikan lain boleh juga digunakan untuk membuat Hinava ini termasuklah sotong atau udang.Hinava selalunya dihidang untuk majlis-majlis seperti perkahwinan dan juga menjadi hidangan yang istimewa bagu kaum Kadazan-Dusun ketika Tadau Kaamatan.

 

NOONSOM

TIADA


BOSOU

Bosou atau juga dikenali sebagai Tonsom merupakan salah satu merupakan salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah. Bosou merupakan makanan tradisi yang menyerupai perkasam atau 'jeruk'. Bagi suku kaum Ranau, ia dikenali sebagai 'tinamba'. Bosou biasanya dihasilkan dari ikan Kepayang atau daripada daging mentah hasil perburuan. Secara tradisinya, bosou disimpan dalam kakanan (tajau), namun kini ia disimpan di dalam botol kaca atau bekas plastik. Bosou boleh dimakan begitu sahaja atau juga dimasak terlebih dahulu bagi menghilangkan baunya yang kuat. Ia boleh dimasak bersama bawang, cili serta bahan lain sebagai penambah perisa.


TUHAU

Tuhau juga kerap digunakansebagai perencah dalam masakan-masakan tradisional Sabah. Ia banyak digunakan dalam lauk ikan, digorengkan bersama ikan masin, atau mencampurkannya ke dalamikan Pinasakan. Tuhau mempunyai bau yang tidak menyenangkan dan mungkin menyebabkan ada yang tidak berapa gemar dengan baunya. Namun begitu, tuhau mempunyai kebaikan dalam pencegahan penyakit kanser dan dapat membuang angina dalam badan

 

SUP MANUK LIHING

Masakan ini lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu. Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia. Mengikut tradisi kaum Kadazandusun, makanan ini sangat sesuai untuk wanita yang baru lepas bersalin. Kebanyakan makanan tradisi kaum Kadazandusun hari ini boleh didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakan makanan tradisi penduduk tempatan.

 

NASI LINOPOT

LINOPOT adalah seni kulinari signature bagi komuniti Momogun. Ia disebut dengan bunyi fonetik: li-nē-pēt (i.e. vokal 'o' dibunyikan dengan 'e pepet'; mengikut laras sebutan baku Dusun Bunduliwan). Linopot bermaksud bungkusan. Kata dasar adalah 'lopot' (i.e. bungkus atau lipat). Ini satu bentuk tata budaya komuniti Momogun menghidangkan nasi. Membuat linopot ini bagai satu ritual – sebab prosesnya unik dan cermat. Ia perlu penjiwaan seni yang tinggi. Paling penting, imbangan aroma beras huma (yang ada pelbagai variasi) mesti dijaga supaya sedondon dengan wangi asli daun yang dipilih.

Hidangan ini biasanya disajikan semasa majlis – majlis perayaan seperti Pesta Keamatan dan juga majlis perkahwinan. Sekiranya terdapat kematian, linopot ini akan dibungkus menggunakan daun tarap.


BUTOD

Butod mengandungi gizi yang tinggi dan bebas kolesterol. Malah, mempunyai lemak baik dan protein yang bagus untuk tubuh. Biasanya butod ini biasanya dijadikan sebagai “pusas” semasa upacara keramaian. Proses untuk mendapatkan butod ini agak sukar kerana pokok rumbia perlu ditebang terlebih dahulu untuk dijadikan sebagai tempat bertelur butod.Oleh itu, butod merupakan makanan tradisional masyarkat kaum kadazadusun.

 

BAMBANGAN

Bambangan merupakan antara makanan yang terkenal dalam kalangan etnik Dusun di kampung Kopungit kerana Bambangan selalunya dijual di gerai-gerai makan yang terdapat di Kg. Kopungit, Sabah. Bambangan merupakan sejenis buah yang mengikut musim.

Bambangam adalah sejenis buah yang berbentuk bulat, dengan kulitnya yang berwarna coklat dan isinyayang berwarna oren. Apa yang menjadikannya sebagai makanan yang unik adalah ia boleh dihidangkan dengan pelbagai cara. Biasanya, bambangan akan dihidang kandungan hanya mencampurkannya dengan lada yang telah dihiris atau dimasak bersama-sama ikan basung. Bambangan yang tidak masak juga boleh dikukus dengan ikan dan dijadikan sebagai “Pinasakkan” manakala bambangan yang masak akan dimasak dengan ikan masin. Oleh sebab bambangan adalah buah-buahan yang bermusim, maka ia hanya dapat dijumpai mengikut musim tertentu.


AMBUYAT

Menurut sejarah awal makanan ini digantikan sebagai ruji harian iaitu nasi kerana kekurangan penghasilan beras suatu ketika dahulu. Ambuyat sejenis makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun malah menjadi sajian utama selepas nasi. Suatu ketika dulu ia dihidangkan sebagai menu harian dan hidangan wajib semasa hari-hari istimewa seperti perkahwinan serta hari keramaian kaum berkenaan. Hidangan yang diperbuat daripada sagu rumbia itu amat terkenal di Sabah, Labuan, Sarawak serta Brunei. Sambil makan makanan ini, kita dapat berbual-bual bagi mengeratkan hubungan. Ambuyat juga bagus dimakan bagi membantu pembuangan toksin dalam badan.


PINAASAKAN

Pinaasakan atau pinarasakan merupakan hidangan yang berasaskan isi ikan samada ikan air tawar atau ikan air masin. Ia antara makanan tradisi kaum Kadazan dan sangat popular di kalangan masyarakat Sabah. Dahulunya, ketika tiadanya peti sejuk untuk menyimpan makanan, kaum Kadazan terpaksa mencari cara untuk menyimpan bahan mentah dari buruk. Maka, mereka telah mencipta sejenis makanan yang boleh disimpan sehingga lima hari lamanya tanpa sebarang penyejukan. Pinaasakan sedap dimakan bersama nasi putih dan sambal pedas.

 

TINONSOK TAKANO

Sejarah tinonsok takano atau tinonsok kasau ini adalah dibuat untuk menambah jumlah nasi untuk dimakan seisi keluarga. Zaman dahulu, penanaman padi khususnya padi bukit adalah untuk dikumpulkan dan diguna semasa Pesta Kaamatan. Ruji makanan harian pula adalah hanya memakan antaranya ubi kayu, ubi manis, garut/walangan/ubi bemban, ubi burut dan sebagainya. Padi yang berjaya dituai akan disimpan di tempat khusus yang dikenali sebagai torutip dalam bahagian sulap (pondok yang didirikan di kebun). Menjelang Pesta Kaamatan padi-padi ini dijemur dan ditumbuk untuk membuat tapai, kuih muih dan segala jenis hidangan untuk meraihkan tetamu-tetamu yang hadir untuk meraihkan pesta tersebut. Sebab itu budaya membuat tinonsok takano ini dibuat semata-mata untuk menjimatkan beras untuk kegunaan pada pesta kebesaran komuniti tersebut. Lazimnya tinonsok takano dibuat untuk dibawa sebagai bekalan (kokorui) ke kebun (dumo).

Kepentingan Makanan Tradisional

Industri makanan tradisional dapat melahirkan modal insan yang berjati diri kebangsaan dan patriotik


Makanan tradisional penting untuk dalam meneruskan adat dan warisan budaya yang diwarisi secara turun-temurun oleh nenek moyang masyarakat daripada pelbagai kaum di Malaysia.

Makanan tradisional juga merupakan elemen penting yang menjadi mercu tanda bagi identiti dan keunikan sesuatu bangsa dan budaya di Malaysia.

Oleh itu, anak-anak muda di Malaysia harus sedar akan keistimewaan dan keunikan makanan tradisional di negara mereka sendiri supaya tidak akan berlakunya kepupusan atau kehilangan budaya.



Makanan tradisional dapat membantu dalam memajukan industri pelancongan negara


Makanan tradisional tempatan dapat menarik dan membuka selera pelancong asing selain pelancong tempatan kerana cita rasa rakyat Malaysia adalah pelbagai serta jauh berbeza dengan makanan-makanan daripada negara-negara lain.

Terdapat sesetengah pelancong yang datang berkunjung ke Malaysia semata-mata untuk menikmati keenakan dan keunikan makanan tradisional yang kaya dengan resepi dan rempah-ratus.



Makanan tradisional juga mampu menaik taraf kehidupan masyarakat khususnya penduduk luar bandar


Makanan tradisional seperti keropok lekor, kerepek pisang dan sebagainya amat memainkan peranan penting dalam memajukan perusahaan kecil-kecilan di perkampungan desa.

Hal ini demikian membolehkan penduduk luar bandar untuk menjalankan aktiviti yang berasaskan sara diri sahaja seperti penanaman padi dan menangkap ikan sebaliknya berupaya untuk menjalankan perusahaan kecil-kecilan melalui pemasaran makanan tradisional.



Makanan tradisional dapat meningkatkan pembangunan infrastruktur dan prasarana di kawasan pinggir bandar


Hal ini demikian kerana penubuhan kilang-kilang pemprosesan makanan tradisional yang kian berkembang.

Selain itu, penubuhan kilang-kilang tersebut sekaligus menambahbaik kemudahan-kemudahan awam yang lain seperti jalan raya.

Makanan tradisional ini juga dapat membantu untuk menjana pendapatan rakyat tempatan khususnya yang penduduk pinggiran bandar melalui pemasaran makanan tradisional di bandar-bandar besar di seluruh pelosok dunia.

Industri makanan tradisional yang kian membangun secara langsung akan mengurangkan masalah pengangguran di dalam negara dan akan berlaku perpindahan daripada penduduk dari kawasan yang lain sehingga menjadi kawasan pinggiran tersebut menjadi bandar besar yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.



Industri makanan tradisional berkemampuan untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia


Hal ini demikian kerana, makanan tradisional suku kaum tertentu dapat diterima dan dinikmati bersama oleh kaum-kaum lain di negara ini.

Sebagai contoh, mereka duduk semeja sambil menikmati makanan tradisional yang telah dihidangkan dan berbual-bual dengan suasana yang muhibah.

Oleh itu, makanan tradisional ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelbagai kaum sekaligus memupuk dan mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Ahli kumpulan

MOHD NUR RACHMAT IZZUDDIN HAJIMIN (BB19161038) 

- The Supreme Leader-

NUR NAJIHAH DIYANA BINTI MOHD HAMIDI (BB19110794) 

-The  Magnificent Vice Leader-

DG NURUL SYUHADDAH AINI BINTI MOHAMMAD AMIN (BB19161068) 

-The Beautiful-

NORJEHAN BINTI ZULKIFLI (BB19110881) 

- The Macho-

SHAHRUL NIZAM BIN MADENI (BB19110558) 

-The Geogerous- 

NAZZIAHTUL SHADIDDAH BINTI GAZALI (BB19110485) 

-The Pot-

NURUL ATIKAH BINTI SUHAILEE (BB19110338) 

- The Lovely-

ABU HANIFAH BINTI YUSOF KAMAL ( BB19110702) 

-The Magical-

WhatsApp Image 2020-12-13 at 08.57.40
subscribe to my newsletter

Get access to my latest recipes by joining the weekly newsletter